roszana's FotoPage

By: roszana asru

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 19-Nov-2008 13:54 Email | Share | | Bookmark
Ke Gunung Ledang

 
 
 
View all 22 photos...
Perkhemahan di kaki Gunung Ledang pada 16 Nov 2008, hajat pelajar menakluki puncak gunung tidak kesampaian kerana hujan. Mereka diarah berpatah balik semasa di check point 5, lagi 2 c.point menuju puncak.

Dalam ramai2 pelajar hanya seorang pelajar perempuan India yang turut serta, Sarayah, tak sangka dia minat sebab tanpa pelajar India lain pun dia sanggup join sama, maklumlah student2 ni kalau tak de kawan mau tak nak serta.


Ni lak gambar cikgu2 merayau ke Ledang resort, tempat kami berkhemah di ledang lagenda

Chalet ni rege nya RM40 semalam, bedudak tidur khemah


Tuesday, 11-Nov-2008 11:33 Email | Share | | Bookmark
Kisah kolam

Asalnya

Pernah begini

Kerna angkara biawak.... Almaklum duduk di kg
Kini

Kerana Fatin dan Kaloi makan ikan yang kecil... tak perlu tgk haruan makan anak


Sunday, 19-Oct-2008 14:18 Email | Share | | Bookmark
Rakan cyber datang berkunjung

Minggu ni masih ramai lagi yang membuat rumah terbuka. Ana pun ada jemputan semenjak hari sabtu lagi tapi tak semua dapat dipenuhi, selain tiada teman mood pun tiada, ekoran dari raya pertama kut. Antaranya Shahfarouq anak murid ku pun menjemput tapi kerna tiada teman tak le pergi, 2 kali dia call, cikgu minta maaf bebanyak, segan la tak de kawan.
Tidak ketinggalan MaDiha yang berkunjung ke Meru ke rumah kakak angkatnya so berpeluang la kami bersua muka. (MaDiha ni antara orang pertama yang singgah FP ku dan beri semangat mencuba resepi di FP2).
Berdebar2 gak hati ana bila MaDiha call, Kalu aku nanti besar sangat macam mana??? Tempohari Nurul pun datang, ya Allah comelnya dia tu yang Ana berdebar2 menanti ko MaDiha. Dengan Nurul tak ambil gambar coz takut Nurul tenggelam Nanti le 27 Okt ambik gambar dengan Nurul...
MaDiha ni rupanya comel sikit dari ana, kalu si Nurul comel banyak. MaDiha ni sweet orangnya tak macam aku muka garang
Ni le Ana bersama MaDiha.....

MaDiha datang bersama ibunya dan keluarga angahnya, so bertambah lagi kenalanku. MaDiha mewarisi kesweetan maknya

MaDiha sedang melawat kebun Dragon fruit bersama haziq. Sayang buah tak banyak di musim hujan ni. Kalu tak mahu ku jemput Aima bersama.

Ni la MaDiha keadaan pokok dragon tu sebelum ko datang, semak dan siap pujuk suami cari orang memesin rumput tu yang nampak rapi sikit walaupun tak siap lagi.

Jangan la ko serik ke rumah akak coz akak hidang air kosong je


Friday, 17-Oct-2008 09:48 Email | Share | | Bookmark
Cerita Raya Lagi

 
Bila nak makan ni
Ngapa tu Nik, Liza??
View all 13 photos...
Sambung dulu la cerita raya 2008, macam yang diceritakan ana tak ke mana pun kecuali raya pertama. Petang raya pertama tu memang adik2 ana, anak buah dan saudara mara suami datang bertamu (almaklum la pangkat orang tua) .
Lupa nak bagitau, abang ipar ana dah keluar IJN tapi kena buat by pass operation bulan march 09 tapi kami mohon bulan nov 08 ni, moga2 dapat.

Cerita tentang tetamu datang bertandang.
Seronok memang seronok melayan tetamu tapi penatnya masa tu la rasa nak ada maid.....menjerit dalam hati gak ABG, ANA TAK LARAT, tapi apakan daya baru pagi tu mohon maaf.....
Kalau orang lain sibuk dengan lontong (jawa version tau), ketupat, lemang dan rendeng, Ana lak saji nasi putih, kobis masak lemak, ayam goreng dan sambal belacan selain kuih muih. Memang dari dulu gitu, sebab dah agak orang jemu di saji lontong, ketupat. Habis U. Disebabkan kesibukan dicampur kepenatan nak ambik gambar pun telah terlupa semasa saudara mara berkunjung. Ada saudara abg datang2 cari lempeng, nasib baik ada cuma pencicahnya kurang kick (sardin tumis). Dia teringat lempeng tahun lepas la tu....
Hingga hari ahad tu masih ramai saudara mara berkunjung dan alhamdullilah kuih muih pun banyak laku.... tu seronok walaupun bukan buat sendiri...

Raya terbuka makmal matematik
Idea ni datang dari Shaskinah, so kitaorang pun ikut je la buat benda yang baik, coz nak ajak datang rumah tak mampu.......
Tapi jemputan kami tak banyak, guru2 math je dan sesiapa yang tersinggah bilik kami.... kira2 tertutup cikit...




Raya Terbuka Panitia Seni
Hari ni dapat jemputan ke Jamuan Raya Panitia Seni, tapi tau jemput dah terlewat, Ana dan Shaskinah dah menjamu di kantin. Apa2 pun layar gambar di bilik Seni.

Ini tuan rumah

Ini puan rumah

Dah tak larat makan, layan diri dulu


Antara hasil kerja pelajar



Wednesday, 15-Oct-2008 13:27 Email | Share | | Bookmark
Di Hari Raya

Abah je yang lain
anak2 saudaraku
Hijau maklong
View all 12 photos...
Fuh lega rasa kertas math dah lepas hari ni, baru rasanya ada mood hendak bercerita raya di net ni.
Hari Raya pada tahun ni disambut dengan agak sedih bagi keluarga sebelah suamiku. 2 hari sebelum hari raya kami berkampung di IJN kerana satu2nya abang ipar ku mengalami masalah jantung. Di kala orang lain sedang menlakukan solat terawih malam terakhir, kami sedang berkumpul di IJN wad CCU. Menurut doktor, jantung yang berfungsi hanya 20% sahaja. So suami kata tak perlu la menyediakan juadah di pagi raya coz selepas sembahyang raya kami akan terus ke IJN.
Mujur la pada hari terakhir puasa, abang iparku diizinkan pulang (menurut anak2nya papa minta balik) kerana jantungnya terlalu lemah untuk indogram (betul ke ejaan????) dan harus datang semula pada hari isnin 6 Okt.... Alhamdullilah tak la kami beraya di sepital.... Tu yang Rinn datang rumah tak de bahan apapun.
Dapat tau abang diizinkan pulang jam 11 pagi, masa tu mencari daun ketupat beranyam atau tak beranyam pun dah habis, tapi nasib baik abah ana beri lontong jawa...

Raya tahun ini sepatutnya tema adalah hijau.....Datang je rumah mak abah, anak2 buahku merungut, apa lah maklong ni, dia tetapkan warna hijau tapi tak pakai pun.... Maklong mampu sengeh je..... Paklong pun pakai baju tahun lepas.....Korang nasibaik maklong tak bagi duit raya warna hijau....

Gambar snap sendiri sebelum berangkat ke rumah mak abah

Tengok kami , HIJAU......


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net