roszana's FotoPage

By: roszana asru

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Saturday, 27-Sep-2008 05:16 Email | Share | | Bookmark
Kuih Tunjuk-tunjuk

 
 
 
View all 6 photos...
Kalau rumah orang lain mesti penuh dengan biskut raya buatan sendiri, tapi ana lak main tunjuk2 je. Ini pun bukan ana yang tunjuk suami yang tunjuk. Sememangnya dari dulu tak pernah buat biskut sendiri, tau2 ada. Ada jin gitu.... Kekadang kekawan di sekolah ada gak merajuk kerna ana tak beli biskut mereka... tapi tu la kalu ana beli suami beli banyak le sesangat. Dah tu raya2 bukan termakan sangat pun. Seronok berborak je kebanyakannya...Dah agaknya kuih muih tak menarik kut...
Disini ana ingin mengambil kesempatan kepada rakan2 siber yang sudi berkongsi resepi untuk dicuba. Halal kan segala ilmu yang dicurah (tak kira lah ilmu dapur @ kehidupan) dan terimakasih kerana menjadikan diri ini dari zero kepada sedikit berilmu. Banyak lagi yang perlu dipelajari.......Terima kasih semua
Sebelum tu nak tunjuk la kuih tunjuk2 tu. Mari tengok...

Kerepek Pedas

Pelbagai kerepek

Sekut

Banyak ni.... mesti ada balance

Hah ni dah kena makan..... simpan2 nanti tak abis lak


Saturday, 27-Sep-2008 04:56 Email | Share | | Bookmark
Kad Raya la

Tengok rumah orang lain penuh kad raya, hati pun meronta2 nak gantung gak. Jom gantung...
Mamafami

Kak Hanieliza tak kenal aku, aku ambik gak...

Jasmeen

Meorjay

Wawa

Zai Kulim

Mid - dekat tapi jauh, dek kesibukan masing2


Sunday, 21-Sep-2008 05:17 Email | Share | | Bookmark
Berbagai Kad

Maaf la baru ni sempat ambik kad2 dari rakan2 FP. Ada gak yang tak terambil
Kad raya dari zira. Thanks dik Zira

Ni dia kad dari pemancing. Pokcik saya ambik ye

Ni lak kad persahabatan dari wawa....Maaf ye lewat

Kad dari Meor, lawa le cucu...


GANTUNG KAD RAYA LAGI
Ini dari Nurul sekeluarga. Tq Nurul

Geram sangat tengok si Alya ni... Thanks mama Alya, Kak ambik nie.


Sunday, 21-Sep-2008 04:13 Email | Share | | Bookmark
Orang Melaka Balik Kampung.....

Tomyam...
Kuih sagu
Jemput2 udang berkucai
View all 9 photos...
Minggu ni adikku Nasir balik untuk berbuka bersama mak abah, anak2 berbuka rumah maklong
Bukan apa kesian pada mak yang dah boleh riuh2 sangat walaupun rindu pada anak cucu. Tau2 je la cucu melaka lelaki semuanya.....
Maklong cuma masak mihun tomyam (intai2 MaDiha punye), goreng cekodok udang, mencuba resepi kuih sagu (ikut rinn punya) dan buat punch tembikai (tiru Kak Liza)...
Ni lah kuah tomyam, tak perasan bekas tak rapi... jangan mare..

Ni lak cekodok udang berkucai, atas permintaan suami tersayang, Kalu akak tak buat mau dia goreng sendiri...

Ni dia kuih sagu, terliur tengok rinn punya tempohari. Merasa mak abah dan adik beradik yang lain kuih kak long buat Kelapa parut dah kurang coz kami ambik yang baki2.

Punch tembikai..... sedapnya masa lalu ikut tekak...ahhhh (posa ni...) Al Amin siap tanya bagaimana prepare... Maklong bgtau dan suruh buat di Melaka

Tempohari buat bubur jagung bersagu, ingat dah pandai sangat rupanya silap terbubuh sagu banyak sangat,yang pakar masak mesti tau bagaimana jadinya....... namun ada lak yang suka


Sunday, 7-Sep-2008 02:42 Email | Share | | Bookmark
Pada 6 ramadhan

 
 
 
View all 6 photos...
Semenjak puasa pertama hingga hari ni baru dua kali ana masak untuk berbuka, sahur tu memang wajib le. Makan tiga orang je beli sana sikit sini sikit dah cukup.
Makanya bila cuti2 gini anak2 saudare maklong tidur rumah maklong. so maklong kena la rajin sikit menyediakan hidangan berbuka... Masak spagheti goreng ala2 rinn (coz tak 100% ) tapi dek mengenangkan en suami yang tak makan makanan ala western ni, maklong buat la lempeng tepung (atas permintaan dia juga) cicah sambal taucu @ sambal kerang. Ikut suka yang nak makan...
Memang semenjak ana bergelar isteri orang ni dididik tidak makan nasi waktu berbuka, masa mula2 tu mengelupur la juga, lama2 biasa je..
So memang petang tiada nasi tapi kekadang derhaka juga kat suami masak nasi
Mula2 tengok hidangan suami kata banyaknya,?????? Habis ke ?????? tapi yang pasti lempeng habis dulu
Ni la spegheti goreng ala Rinn....anak buah kata sedap la maklong

Ini lak lempang permintaan cik abang.....Jangan kata tak patut lak


Chempaka dan Isma dah ready nak berbuka

Yang ni bukan la juadah berbuka tapi ini lah choc cheese cake yang dibuat sebelum berpuasa, tengok la tak secantik yang Rinn buat tapi memang sungguh2 sedap till suami kata raya nanti buat sendiri je tak yah beli2 kek

mak baru je call bagitau speghati goreng semalam sedap


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net