roszana's FotoPage

By: roszana asru

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 29-Sep-2009 15:17 Email | Share | | Bookmark
Sempena Hari Raya

cari apa????
Midah mempromosi kuih ye...
Manisah, Ariza dan Salmah
View all 4 photos...
Layan gambar dulu..
Ok ini ceritanya...sempana cuti raya baru ni sempat bertemu kawan lama, kumpul kat mana.....rumah ana la. Iya la kita suami isteri org kampung sini gak, kwn lain semua jodoh orang jauh.
Yang seronoknya dapat bertemu kawan lama, rasanya yang sorang tu dah berpuluh tahun gak la (Norariza), yang sorang tu ada la bertahun gak (Salmah yang kebetulan sepupu pd Ariza).
Jangan jeles kawan2 lain, kami berkumpul2...

Yang bertudung hijau tu la Ariza, lama sungguh2 tak jumpa, cikgu juga. Manisah lak dah lama tak jumpa Rohana dan Ariza dgn ana dan midah biasa jumpa kan. Ada juga kwn yang tak dpt contact

Di atas kami g rumah Ariza, rindu dgn pokok rambutannya...tu yang posing habis bawah pokok...sebulan lagi ranum boleh le kami dtg lagi....nak mangan buah lak

ANAK MURID DTG BERTANDANG: RAYA KE 5


Yang berdua di tgh tu adik beradik dan diapit juga adik beradik. Yang tengah Rosmawati ( bakal menimang anak ke 2) bekas student SMKTIS tak mengajar dia tapi dia ni popular di sekolah dulu kerana tingkah laku yang excellent . Datang mengiringi adiknya Faezah yang ex-student (dah tak ngajar, kira ex kan ) dan rakan Faezah ke rumah, cukup sporting punya kakak. Tq Ros....
Hadiza (tudung biru) skrg belajar di MRSM Kuantan, masih sudi datang berjumpa cikgunya, siap diiringi familynya....tq juga la kerna masih ingat pd saya

Jejaka idaman SKI, Asraf (se sekolah dgn Hadiza), Fitri (kembali semula ke SKI) dan Adib (sorry cikgu tak ingat di mana ) antara yang sudi menjengok cikgu ini

Anak dara di atas tu, dah berada di IPTA, Izan, Yani dan Eka, moga anda terus suksess dan jangan lupa datang bila lapang....tak perlu tunggu raya baru nak jumpa cikgu ye....
Yang lain cikgu tau ada yang nak datang, tapi buat masa ini cikgu minta maaf kerna tak dapat mengalu2kan kehadiran anda semua....nanti saya bgtau bila boleh datang....TUNGGU.........


Sunday, 27-Sep-2009 07:34 Email | Share | | Bookmark
Posing Hari Raya

Tgk la baby Orkid pun ada baju sedondon
Posing je le
Shima ngapa ko....
View all 14 photos...
Esok persekolahan dah nak bermula, tetamu pun dah mula berkurangan....penat juga laa raya kali ni. almaklumlah cik abang dah jadi antara orang tertua dalam familynya...Tapi masa orang ramai ada lak lupa nak snap photo, nanti la masa open house boleh snap gambar tetamu bebanyak.

Tengok la bebudak juga yang paling gembira...

Abah mak tak nak baju sedondon dengan anak2, bila tetamu ramai payah nak cari...Baju Melayu pun abah tak nak, ikut je la.... sekurang2nya dia tak pakai baju kulit

Angah and me, Arisa asyik tersalah peluk orang hari itu, akhirnya sebelum peluk, dia siap belek muka dulu baru memeluk...tu la sapa suruh pakai baju sama2

Ini lah gambar Dahlia dan Adib yang paling cun rasanya, kalu tak Dahlia asyik menetek kan Orkid je


Wednesday, 23-Sep-2009 05:59 Email | Share | | Bookmark
Raya Datang Lagi

Hari ni lega sikit, baru dapat mengadap PC ni, dapat nak kauk kad raya dari kekawan.
Kad Raya Kak Rusnah....baru tau akak ni cikgu juga

Dari MaDiha sekeluarga...moga dapat bertemu muka lagi

Kad Pakcik Pemancing

Dari jiran sekampung...Dak Nurul

dari tauke kek

MamaFami punye

Akhir ambil dari Kak Liza yang sekarang tengah melatoooop

Yang lain jgn lak kecil hati sebab tak ambil dari rumah masing2....Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf atas segala salah bahasa. Kira 0 - 0 ye


Wednesday, 2-Sep-2009 14:01 Email | Share | | Bookmark
Sedih rasanya......

Sejak sekolah bermula kembali, rasa semangat berkobar2 nak berjumpa anak didik tapi............. ada masih yang belum mahu berubah walaupun exam tak lama lagi, pelajar2 3D sebahagiannya sudah menunjukkan kesungguhan mereka tapi masih ada lagi yang asyik berborak masa diajar....mungkin cikgu ni tidak berjaya menarik perhatian mereka.
Lebih sedih pelajar2 3I......bilakah anda hendak berubah. Tadi siap kekawan telah menegur, tak puasa kah hingga menjerit di kelas 3i...... rasa tak sabar sungguh dgn perangai mereka. Kertas diberi, dibiar, digunting....terbiar
Sedihnya hati bila mengenang.....terasa amat...... diri ini gagal.......


Kepada anak2 3RK, 3D dan 3I, berusaha lah selagi ada kesempatan....


Friday, 28-Aug-2009 08:45 Email | Share | | Bookmark
Huhu Terlajak

Baca title pun mesti rakan2 dapat agak, hari ini tak terbangun untuk bersahur.
Kenapa???? Sakit kepala lantas terlupa nak on alarm.................Penatnya la otak semalam, membaca pun sama macam tak baca, jawab soalan PTK sampai sakit kepala


Sabar ana, sabar moga kesakitan hari ini membuahkan kegembiraan, insya Allah. (pujuk diri sendiri
Semalam juga cik abg cukup sporting membantu menyediakan juadah berbuka, dia masak lempeng dan murnikan sambal sardin ana bercampur kerang....
Biasa la cik abg kurang gemar berbuka dgn nasi tapi sepjg bulan ni ada dua kali dah termasak nasi (nasi tak abis bersahur .....goreng la jawapnya)
Ini dia air tangan suami




[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net