roszana's FotoPage

By: roszana asru

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 29-May-2009 11:38 Email | Share | | Bookmark
Wajah2 keriangan "Red Cherry"

 
 
 
View all 15 photos...






Wednesday, 20-May-2009 12:54 Email | Share | | Bookmark
Bulan Meraikan Orang2 tersayang

Siap utk atuk la, bukan posing
Macam tak pernah makan bebudak ni he he
Ni la abah kami
View all 12 photos...
Fuhhhh lega rasa, dah siap prepare soalan untuk exam, 2 set dah siap mggu lepas, tadi baru submit soalan add math, PK1 terdiam, nak marah ke idak agaknya sebab dah lewat....
Sorry la boss, tak ada idea nak prepare form 4 ni, topic pun baru cover 5 chapter je..... tapi yang pasti next week bebudak tu ada soalan yang nak dijawab.

Baru lah boleh update cerita yg memang nak dicatat.........
Hari ibu dah cerita, ni nak cerita hari ulang tahun Abah pada 18 Mei, isnin kelmarin......tanpa plan (memang selalu pun jarang nak plan) beli aje guna duit yang dikumpul setiap bulan (aku lah cetinya ) pastu tu dera adik ipar buat makaroni....order sate, beli cake tapi hadiah tak de, bukan tak nak beli tapi abah tak nak, tengok la baju pun tak berpakai, kalu la korang
perasaan bila gambar family je abah mesti tak berbaju, panas katanya, baru yang cik abang aku belikan pun elok tergantung dalam almari..... Kaki pun ada simpan dalam bilik

cucu datang mempersembahkan kek untuk atuk tersayang

Nasib baik atuk nak tiup kek yang ko bawa Nurul

Nak cerita sikit pasal abah la, abah ni....... tak leh cerita la sedih lak. lain kali la

Meraikan Che Rohana

Ini la Che Ana, rakan sekerja yang meninggalkan kami kerana mendapat tawaran menjadi penolong pengarah di Kementerian...... Tahniah Che Ana,
Maka kehilangan lah kami seorang guru yang selalunya menjadi juruacara kepada kebanyakan majlis kami, kerna suaranya yang lunak merdu....cerita betul ni bukan rekaan semata2.

Yang bestnya ada ex-student join sama, sebab sek kami pun ada form 6, dan Che Ana kita ni salah seorang tenaga pengajarnya..... Ramai yang sayang kak Ana

Org berdua tu ambik gambar coz sama tema, orang lain sibuk ambik gambar dgn org yang dirai, kita lak syok sendiri, tapi apa2 pun Za, akak tetap "teguh"

Malam ni slow lak upload gambar2, sampai watie geng KB dah masuk, persiapan masih tak lengkap.... tq ya watie.... datang lagi...chow


Saturday, 16-May-2009 06:24 Email | Share | | Bookmark
Guru Pembina Negara Bangsa

Sibuknya.....
Nurul yang poyo
Anak2, duit tak cukup la
View all 4 photos...
Selamat hari guru kepada rakan2 guru di mana jua anda berada, sejak malam dah dapat ucapan hari guru samada dari rakan perguruan dan anak murid (ex and semasa )
Pagi tadi Hj Azhar call kata nak guna laptop dan LCD (utk program perkampungan ilmu KRK), so aku pun g la sekolah, punya la ramai budak unit uniform...... dari jauh dah nampak unit KPA dengan oreng colornya.
Niat dihati sambil bagi laptop kpd Hj boleh lah men"stapler"kan set soalan utk exam minggu depan, tapi apa nasib langkah kiri. Puan pengetua kata kunci bilik riso tiada hanya PAR je yang simpan. Ini semua angkara ada guru yang pinjam kunci tapi tak reti nak pulang (guru pun manusia biasa gak.. ) so puan pengetua suruh PAR je la yang simpan. Semangat berkobar2 hilang, apatah lagi siap bawa 3 orang assistant....... anak2 buah ku laa.... yang dah ready untuk membantu maklongnya.....
Last2 kami g tesco cari bahan masak tghari, tengok lah sempat kami berposing....

Masak lala

Goreng sayur

Goreng ikan......

masa beli ikan ni, ex-student tanya cikgu beli ikan untuk kucing ke???? aku jawap Hah......saya la kucing itu.....Ngapa???? ikan kembung sedap apa....
Apa2 pun lauk hari sempat antar rumah abah mak


Friday, 15-May-2009 13:28 Email | Share | | Bookmark
D hari ibu-ibu

Tema abah tetap sama - tanpa baju
kek ni ann sponsor- kena "pau" dgn kakak2nya
 
View all 6 photos...
Hari ibu kali ni orang Melaka balik
so macam biasa lah rumah maklong tempat lepak.
Satu group main PS 2

Another group main komputer lak

Kali ni tak de beli apa2 pun untuk mak cuma anak & menantu masak untuk makan tghari, kalu nak makan di luar mau lari budget. Cuma kali ni pakar masak tak de, lari ikut suami konvoi ke Cameron Highlands "bermotor bukan berlari2 tau" . Anak2 tinggal dengan maklong
Makan macam orang kelaparan, almaklumlah dah lama tak makan rebut2 dengan orang Melaka

Ni lak anak, menantu dan cucu meneman atuk makan.... meja rendah



Saturday, 9-May-2009 01:49 Email | Share | | Bookmark
Layan anak & anak-anak

Yeh.....
Cepatlah paklong, maklong
Jauh la abah parking
View all 8 photos...
Cuti hari wesak lalu jadi pengasuh lak...... Adikku Nazri bawa isterinya konvoi bermotorsikal ke Cameron Highland, so anak2 kena tinggal rumah maklong la
Pada masa tu yang kecil Isma tak tau pun mak apak dia tak de rumah, dan maklong pun dah janji nak bawa g funfair di Klang Sentral.
Lepas Arie balik dari tution baru pergi, lepas jam 10 mlm, ok lah juga tapi bak kata nurul kopak kalu g selalu. Nasibaik la Nazri ada bekalkan RM100 pd anak2nya kalu tak rabak juga la maklongnya.....
Janji pergi dengan Dahlia & anak2 (asing kereta). Dia sampai dulu tu yang bertemu dengan Nurul dan anak2....
Ni tengah exited sangat

Suka nampaknya Adib dan Chem

Adib dah merajuk nak main lagi, maknya kata duit dah tak cukup pun tak nak terima

Tunggu giliran ke ....

Ok la gak g funfair tu tapi sapa nak g baik pakai selipar coz laman funfair tu berbatu kasar...Payah nak jalan


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net