roszana's FotoPage

By: roszana asru

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Saturday, 7-Mar-2009 05:48 Email | Share | | Bookmark
Akhirnya....

 
 
 
View all 5 photos...
Lamanya tak update FP ni.... Bukan sengaja tapi keadaa tak mengizinkan. PC buat hal dan tugas baru di sekolah memerlukan ana belajar sesuatu yang baru.....
Semalam baru selesai sukan peringkat sekolah, I la ketua rumah tahun ni tapi rumah ana dapat tempat ke 4 dari empat buah rumah.....sadisnya...
Tugas mendaftar pelajar PMR pun last week kira beres lah , tapi Mak datuk nak mengejar pelajar menyediakan salinan ic pun payahnya bukan main..... hingga last minute masih tak dapat. Kira darah tinggi pun makin tinggi bacaannya... tu yang kekadang Nasib baik cik abang tak meragam kalu tak, mau rasanya................ rumah pun baru hari ni agak bersih banyak dari biasa.
Meh tengok titi yang cik abang order dari tahun lepas, titi ni kira dapat lewat juga la dari janji asal sebabnya dia kata nak menyiapkan projek dari orang besar..... Nasib la suami ana cuma dapat isteri badan besar bukan pangkat besar
Ini la titi RM1600, kayu cengal, ramai kata mahal....

Ini lak kazebo yang cik abang nampak di tempat yang sama di giant sek 13, RM1900, kayu cengal juga tapi atapnya papan biasa je...

Dah comel kena juga berjaring, sebabnya masa cik abang tengah duduk petang ada seekor anak biawak keluar dengan selambanya dari kolam tu, terus hangit la dia, panggil si bangla untuk siapkan jaring penutup.

Dah bertutup, seronok lah arissa main di titi, angah pun senang hati tak takut anak masuk kolam kami


Saturday, 3-Jan-2009 12:44 Email | Share | | Bookmark
Hari Mak.....31 Dec

Orang Melaka sibuk nampak...
Kek beli jeeee
Dah mula mengadap kerang bakar
View all 27 photos...
31 Dec kali ni lain sikit dari yang sebelumnya, mana tak nya adik2 semua berkumpul untuk meraikan hari ulang tahun mak yang ke 58 tahun. Kalu yang lepas2 selepas meraikan ulang tahun kelahiran mak, kami keluar ke Shah Alam untuk tengok bunga api, tahun ni tgk di rumah je, Meru pun meriah tau . Sementelah lagi tahun 2009 ni, sekolah bermula agak lewat, 5 Jan so orang Melaka pun dapat la balik kg juga . Alhamdullilah mak kami ni masih sihat.
Ini lah mak kesayangan kami

Potong cepat mak, anak cucu dah menanti.....

Mak kegembiraan mendapat hadiah racun nyamuk, jangan tak tau mak ni pantang nampak semut, habis dikejarnya dengan racun nyamuk, tu yang kami hadiahkan....esssssh tak patut betul, idea sapa la tu



Sunday, 28-Dec-2008 15:12 Email | Share | | Bookmark
Berbekam

 
 
Pam kak
View all 8 photos...
Selamat menyambut tahun hijrah 1430 buat rakan2, moga kita menjadi insan yang lebih baik dari segi attitude, kesihatan, rezki dan segalanya berbanding sebelumnya. InsyaAllah

Sekarang nak cerita lak semasa bercuti di PD tempohari ana mengambil peluang berbekam di expo di sana. Mula2 suami dan abang ipar buat. Ini kira2 meniru lah
Mereka buat di pinggang, ana lak buat di kaki.....kakiku yang cacat
Cacat ni sendiri cari bukan asal. Kaki kiri tu cacat sebab kemalangan motorsikal pada tahun 2005, 4 April. Kancil melanggar gajah. (Aku naik motorsikal dilanggar kete kancil) Lama la juga terlantar...... or mengesot (lebih kurang 3 bulan), masa tu bersyukurnya rasa kalu dapat jalan dan mulai hari tu dah tak payah pakai gelang kaki coz gelang permenant dah melekat.......Sedih tau.. Meh tengok acara berbekam.
Sedang mengumpul angin kut..

Masa ni rasa menyesal lak buat, coz dihiris menggunakan blade

Darah kotor sedang mengumpul

Ni dah selesai dah


Wednesday, 24-Dec-2008 10:30 Email | Share | | Bookmark
Dugaan

Belum ketuk
 
 
View all 11 photos...
Apa dah jadi?????
Nak pecah kereta ke???

O..... Nak bantu buka kereta... Kes kunci tertinggal di dalam kereta la, arie punya kerja

Abang dah terduduk mengenang nasib.....


Sepatutnya kami bercuti ke Langkawi, tapi budjet lari kerna cik abang tercium buntut Honda City masa balik solat jumaat, tu yang tengah memikir, kereta di rumah tak baiki lagi dah datang musibah lain lak
Ini lum repair lagi...


Akhirnya kami ke Tiara di PD sahaja, itupun atas pelawaan abg ipar ku..


Quote:
Memang bersyukur kerna kereta je yang rosak dan orang2 tersayang selamat cuma rasa terkilan, kunci tu tertinggal kerana arie buka bonet guna kunci dan sibuk nak ambil permainan dia hingga tertinggal kunci di dalam bonet. Ingat dah boleh beri kepercayaan buat tugas yang dianggap mudah tapi rupanya masih perlu pantauan lagi


Thursday, 11-Dec-2008 16:01 Email | Share | | Bookmark
Cuba2

Belum curah sos
Hantar rumah SIL
 
Pada hari ini teringin makan lak ayam percik kelantan versi MaDiha, cuba2 la ni, tapi akak tambah cili coz cik abang kan suka pedas. Hasilnya not bad, cuma termasam, lebih asam

Ini la ayam percik tu Pinggan comot, baru perasan


Cendawan goreng

My SIL, Asiah bagi
Berikut ni resepi dari MaDiha, akak tepek aje ye, tq
Quote:

AYAM PERCIK KELANTAN

Bahan2
½ ekor ayam ~ potong 2 bahagian (taknak potong pun boleh.. ikut suka)
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam

Bahan Kuah
1 biji kelapa ambil 4 ~ 5 cawan santan (Madiha guna santan kotak cap ayam 200 ml + 2 cawan air)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 ½ inci halia
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
2 sudu kecil gula

CARA-CARANYA:

1. Ayam dibersihkan, dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.
2. Bakar ayam dlm oven dengan suhu 200C (api atas bawah) sehingga ayam masak. Dalam 15 minit balikkan ayam supaya garing rata. (Sori tak tengok masa.. so agak2lah yer hingga ayam masak). Sementara ayam masak.. sediakan kuah percik (Caranya ada dibawah)
2. Bila ayam sudah masak, lumur/ curahkan dengan kuah percik. Dibakar lagi sebentar dan dibalik-balikkan & curah pula kuah dibahagian satu lagi dan bakar lagi agar kuah meresap ke dalam isi ayam tadi.
3. Sedia utk dihidangkan. Hidangkan / curahkan sekali lagi ayam dengan kuah percik lebihan tadi. (Step ni Madiha tak curah pun.. terlupa.. tapi kuah tu terus ku sudukan dlm pinggan nasi )

Cara Menyediakan Kuah Percik
1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai & halia.
2. Panaskan santan dan masukkan bahan blender, garam dan asam keping. (untuk step no. 2 ni.. Madiha tumiskan bahan2 blender tu sehingga agak garing pastu baru masukkan santan. Ni sebab Madiha guna santan kotak so kalau tak tumis nanti jawabnya tak naik minyak ler kuah percik ku ittew )
3. Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan pekat. Masukkan sedikit gula dan masak sekejap lagi. Rasakan biar secukup rasa.


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net