roszana's FotoPage

By: roszana asru

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 10-Dec-2008 14:26 Email | Share | | Bookmark
Makan Asam Pedas di Muar

PK Kokurikulum
Kolam ikan, di Ledang Resort
Tu dia, asam pedas pari
Masa pergi ke Gunung Ledang tempohari, ana bersama 3 orang kawan mengekor (mengekori )PK Akademik, Pn Amiah g Muar, untung juga ya mengikut orang, dapat merasa asam pedas di Muar, dibelanja oleh kawan En Hamid (suami Pn Amiah) , bedal till licin

He he tinggal tulang

Ini le kedai nya... ada lima gerai tapi satu je yang buka dan katanya pernah masuk rancangan makan2 d TV tah yang mana satu tak perasan lak

Ini minta orang kedai bungkus untuk kawan2 di hutan

Ini lah Pn Amiah bersama suaminya, yang hujung tu isteri kawan En Hamid yang belanja kami makan asam pedas Orang yang belanja terlindung oleh En Hamid


Tuesday, 9-Dec-2008 14:55 Email | Share | | Bookmark
Menjelang Hari Raya Aidil Adha

I le ni he he
Balqis pun nak tolong la
Karipap
View all 8 photos...
Ini lah aktiviti kami menjelang Aidil Adha

My SIL Shamsiah menganyam ketupat

Dahlia tu posing lelebih coz dia tak pandai menganyam

Bah, Siap.............

Petang tu buat karipap, ada yang tersenyum
Petang ahad gotong royong lak menyediakan bahan untuk esok pagi


Chempaka, Alin dan Shima yang rajin membantu

Lontong jawa

Ketupat Melayu
Di Aidil Adha malas pulak nak berposing, hujan pun turun sepanjang hari, asyik lapar memanjang


Saturday, 29-Nov-2008 13:19 Email | Share | | Bookmark
Kek Kukus...

Yg putih2 tu apa tah
Baru curah sos..
Guna ni sbg gance
Kek cokelat kukus ni resepinya dapat dari rakan guru yang mengajar kelas pendidikan khas. Mala kata kalau anak muridnya yang istimewa boleh buat takan aku yang sihat walafiat tak boleh. So ini lah hasilnya.... menjadi sukanya...

Suka sangat sebab adik2 suka, mereka kata sedap.... Thanks Mala

Quote:
Sebenarnya segan gak nak tunjuk resepi, tapi sebab dapat dari orang tak salah tunjuk kan
Kek Kukus Coklat (Sumber Normala - Guru Pendidikan Khas SMKSKI )
Bahan A
1 cwn serbuk koko
1 cwn minyak mazola (apa2 minyak asal bukan minyak petrol )
1 cwn gula
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat

Masak bahan A atas api

Bahan B
4 biji telor dan 1 penutup esen vanilla - blenda kan till kembang

Bahan C
1 cwn tepung gandum
1/2 s/t soda bokarbonat
1/2 s/t baking powder
Ayak ketiga2 nya

Bahan B + Bahan C dah bercampur tuangkan bahan A lak,
Mala pesan kukus selama 45 minit tanpa buka.

Ana rasa sama je lebih kurang dgn kek cokelat kukus yang lain, cuma yang best kali ni je tak merkah dan terasa enaknya.


Wednesday, 26-Nov-2008 00:55 Email | Share | | Bookmark
Bertemu kawan lama

Masa ni merambu di Templer Park
Wajah2 keriangan, penat si Rinn
Hj Hisamuddin dan Hasan (tgh bercakap dgn Hj Ehwan)
View all 11 photos...
Pada 23 Nov lalu, berpeluang bertemu kawan2 lain di majlis persandingan adik rinn. Kebetulan rinn kata nak jumpa kawan2 lama yang dah puluhan tahun tak berjumpa. Lagipun kami terpisah dari sekolah bila rinn dapat g sek sains taiping (kalu tak silap) untuk form 4. Bermakna putus dgn rinn sejak 1981 tapi ada la jumpa2 di rumah orang tua dia.
Maaf la rinn kalu ana tersalah bawa kawan masa rumah mak rinn. Banyak sangat kawan mesra hingga tak boleh beza yang mana, tak pe la janji kawan2 SMKTIS
Lambat update cete ni sebab mencari gambar dulu2 atas permintaan kawan2, ye la nak kena tapis2 sebab dulu yg perempuan byk gambar sensor untuk masa kini
Tahun 1981 tak dapat disiarkan demi menjaga hak2 peribadi rakan dan rasanya inilah gambar yang ana rasa terbaik mungkin untuk disiar semula

Ini gambar semasa hari kami memulangkan buku teks @ ambil result tak ingat

Ini pertemuan sebelum pertemuan di rumah mak rinn, tahun 2001, lamaaaaaa tu

Hah ni dia gambar paling terkini kami


Tuesday, 25-Nov-2008 05:02 Email | Share | | Bookmark
Melayan students 3BA

 
 
 
View all 12 photos...
Ini kisah cikgu2 melayan jemputan kelas 3 bahasa arab berkelah di pantai remis....Semuanya mereka arrange sendiri, datang pun parents mereka hantar. Jom layan gambar jamuan santai di Pantai Remis.

Antara agenda mereka...main la

Ini Pn Bib, guru kelas mereka yang sporting...

Haziq dan Asri tukang bakar ayam

Pn Yusnita dengan orang kuat majlis...kwn mrk panggil c Tikus

Main tepung....

Dah nama pun santai, ucapan guru kelas pun santai gak


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net